<body>
selamat 2012
Wednesday, 4 January 2012

assalamualaikum kpd semua, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan happy new year walaupun harini dah 5januari2012, alhamdulillah pada malam tahun baru aku dengan berberapa org sahabat telah bersama sama hadir ke dataran shah alam untuk menghadiri program GeMS(generasi idaman selangor),kempen ANTI zina dan menyambut ketibaan tahun baru anjuran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. program yg bermula dengan solat magrib berjemaah kemudian tazkirah magrib oleh Imam Muda Asyraf & Ust Norhisyam Tuan Padang sehingga solat isya'. Selepas itu program bersambung dengan sedikit hiburan bersama artis spt Shahir,Akhil Hayy & Sham Kamikaze, abg Sham main gitar kelas sungguh kuasa menggorengnya. Insan yang amat dinanti nanti pada malam tersebut pula muncul bersama seorang pelawak terkenal siapa lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus dan Zizan, gandingan yang sangat mantap dan berkesan serta memberi hiburan yg berteraskan konsep Islam apabila soaljawab antara mereka sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah semasa. Aku juga terkejut tapi sungguh berbangga apabila dikhabarkan lebih daripada 80k org terutama ANAK MUDA hadir pada malam tersebut, tak seperti sambutan di ICITY yg dianjur oleh BN, penuh dengan hiburan yang lagha(melalaikan) yg tidak mendapat sambutan. Aku berbangga dengan kejayaan program pada malam tersebut, kami sambut tahun baru dengan penuh barokah inshaAllah. Tiada bunga api yg dipasang,cukup sekadar doa serta asmaul husna menjadi pembuka tirai tahun baru 2012. program seperti inilah yang sepatutnya kita jalankan pada setiap tahun supaya mengajak masyarakat lebih dekat dengan agama. aku juga diberitahu bahawa GAMIS(gabungan mahasiswa islam semenanjung) mengumpulkan beribu ahlinya di dataran merdeka KL, laungan takbir memuji Allah bergema di setiap ruang walaupun cuba diprovoke oleh sekumpulan polis yang tak reti bahasa *ada video tp tak rei nk letak  
semoga tahun 2012 ni memberi kita peluang untuk meningkatkan amalan serta memperoleh kejayaan yang cemerlang


i've just want to write only :)
Profile

Photobucket
AMMAR GHASID !
nama saya AMMAR GHASID. 17 years old guy. mari leww lawat blog saya ni. hehe



Links
you're on your way

RASYIQAH's blog :D.

Archives
my older stories :)

December 2011
January 2012